Pembaharuan yang dibawa Maharani_Myeongseong

Hubungan dengan penganut agama Kristian

Baginda tidak melihat agama Kristian itu sebagai suatu gugatan kepada lingkungan masyarakat Joseon yang Konfusianis seperti ayahanda iparnya, yang bertindak melakukan penindasan terhadap penganut-penganut itu. Malah, baginda melihat bawaan ilmu pengetahuan mereka terhadap sejarah Barat, sains dan matematik sebagai memanfaatkan Joseon. Baginda dengan kuasa yang diberikan kepadanya mula membenarkan mubaligh-mubaligh masuk ke dalam Joseon, bermula pada tahun 1885.

Baginda mula membenarkan sebuah institusi pendidkan diwujudkan di Seoul pada tahun 1886 bernama Akademi Ewha diuruskan Mary F. Scranton, seorang mubaligh dari Amerika Syarikat.[5][6] Tempat pengajian ini mellaui beberapa perubahan sehingga ia dikenali kini sebagai Universiti Wanita Ewha.

Ketenteraan

Senjata-senjata moden mula dibawa masuk dari Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1883, kelengkapan askar pertama mula dihasilkan pada tahun berikutnya. Baginda dan Raja Gojong membuat permintaan kepada Amerika Syarikat terutamanya untuk mempercepatkan usaha memodenkan kekuatan tentera mereka.

Perdagangan

Semua pelabuhan di Joseon mula dibuka kepada kapal-kapal Jepun dan Barat pada tahun 1888, lalu ia cepat mempercepatkan perdagangan asing dengan pesat. Sejenis syiling khas bernama tangojeon dihasilkan pada 1884 sebagai suatu matawang yang satbil digunakan di negara tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Maharani_Myeongseong http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2005/... http://www.donga.com/docs/magazine/shin/2004/11/09... http://100.nate.com/dicsearch/pentry.html?s=K&i=28... http://100.naver.com/100.nhn?docid=103953 http://query.nytimes.com/mem/archive-free/pdf?_r=1... http://www.indiana.edu/~easc/pages/easc/curriculum... http://www.gkn-la.net/history_resources/queen_min_... https://books.google.com/books?id=SHIAEo_qGRIC&pri... https://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2010/... https://web.archive.org/web/20020308114817/http://...